Program E-Usahawan Giat Mara- Jerlun
11 Mac 2019 | Aktiviti TerkiniPada 10 Mac 2019, Pusat Internet Kodiang dengan kerjasama Pusat Jerlun, Pokok Sena, Gunung Hilir, dan Napoh telah mengadakan Program E-USAHAWAN kepada pelatih Giat Mara Jerlun di Giat Mara Jerlun Seramai 40 orang pelatih yang telah menghadiri taklimat tersebut.
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini ialah taklimat KDB, taklimat E-Usahawan, kaedah untuk pemasaran melalui facebook dan instagram dan cara mengambil gambar produk secara efektif kepada pelatih yang terlibat serta sesi pembentangan kumpulan.
Melalui taklimat KDB yang diberikan ini pelatih dapat memperoleh pengetahuan dan maklumat serta kesedaran dalam penipuan kewangan pada masa kini . Selain itu pelatih dapat mempelajari kaedah pemasaran secara online serta latihan e-usahawan dan mengenal pasti swot produk dan syarikat sekiranya ingin memasarkan sesuatu produk atau perkhidmatan.
Program ini merupakan siri jelajah E-Usahawan Giat Mara-Pusat Daerah Kubang Pasu pada bulan Mac ini . Program Giat Mara ini akan diteruskan pada bulan 6 atau 7 tahun ini ke Giat Mara Alor Setar, Giat Mara Kuala Kedah dan Giat Mara Jerlun.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: